Tuesday 20 November 2012

Our 1st anniversary :)




20/11/2011 merupakan tarikh keramat Aku dan Mr.j diijabkabulkan. Syukur alhamdulillah, setahun dah berlalu dan 20 Nov 2012 menjelma kembali. Dalam setahun ni, macam2 benda telah kami lalui. Kadang2 bahagia, gembira..kadang2 terluka ,sedih...
Lumrah agaknya...rumahtangga manala yang akan sentiasa tenang kan? Tambah2 dalam usia perkahwinan yg baru setahun jagung ni.

Setakat ni..boleh dikatakan kami masih mampu mengharungi gelora & dugaan alam perkahwinan. Aku berharap sangat kekuatan hati dan kasih sayang ini akan berkekalan sehingga ke akhir usia.  Aminn... Abang...I love u. 

Pengantin yg x berapa baru :p


Since this is our 1st Annie's, Aku pening gak fikirkan cara nak surprisekan dia. Dia berjaya surprisekan aku & buat ku terharu..n menangis time birthday Aku. So, its payback time!

Disebabkan time kawen dulu Aku x Bagi cincin kawen....jdi 1st plan Aku nk buh cincin lam kek ( harap2 xtertelanla cincin tu) Dalam byngan Aku...wktu dia makan kek tu dia kan tergigit & terjumpa cincin tu (owh!touching sorang2)..TAPI plan aku x jdi sebab Aku xtau saiz jari beliau. Maka terpksala bawak tuan punya bdan g beli. 

Dah X surprise dah... 

Cincin kawen..dipilih Oleh Mr.j sendiri.



x surprise pun x kisahlah kata Mr J. Yang penting dia suka kan? so this year punya annies...masing2 dah tahu nk dpt apa n dapat hadiah tu lebih awal dari tarikh yg sepatutnya.

Kat aku, Mr J bagi:

TaDa!!!!
4 bijik lagi! beli 1 percuma 3
Orite! mak suka nyahhh...tapi sebab pegi beli rim tu bersama2...maka elemen surprise tu takdak. Tak puas! 

Setiap orang ada pendapat berbeza. Bagi aku walau sesimple mana pun, elemen surprise tu penting. Bayangkanlah kepuasan yang kita dapat bila tengok reaksi spontan org yang kita sayang. Priceless!. 

Actually aku ada wat back up plan kot2 plan cincin tu x menjadi. So awai2 lagi aku beli perfume kat dia. dia takkan terfikir perfume sebab dh dpt cincin. Lepas aku drop dia kat office pada 19hb (We owls celebrate pada 19hb coz 20hb aku dh kena balik keja), aku walau dlm keadaan demam tu pun kelam kabut mulakan operasi OPS KALUT aku.

tentatif 19 nov: 
8.00 pg- drop dia kat opis
9.00 pg- marking paper final ( org lain dh key in mana hala dah..)
11.00pg- lepak ngan meow2 & sambung marking
2.00ptg- goreng nasik sebab lapo- makan- mandi dan dot dot dot
3.30ptg- pegi klinik amik ubat demam & dpt Mc utk haritu.
4.00 ptg-( tetiba dpt idea lain) - pecut ke kedai bunga n tempah bunga
5.20ptg - sampai depan opis- susun2 surprise gift kat blakang.
5.40 ptg- Mr.j bukak pintu keta & apa ni ayg? then....... he gave me the Priceless    reaction! ;) 
Aku puas- sengeh 



kad x sempat beli so wat sendiri ja...

flowers r not just for women! 

For me ...As a woman, its okay for us to start first, sometimes :). 
We need to spice up our life by being spontaneous and never be afraid to share our love & affections to our loved ones. 

Assalamualaikum :)

Monday 29 October 2012

Midnight Randomness #

#Randomness ;)
Our Babies ;)


Us ;)


Afiq & his Aidiladha gangnam style !


Aidiladha Gasing "beyblade" competition


"Tiny yet precious"

Get a life?

Alright,,i'm so pissed off right now!
I started browsing Mudah.my since 8pm to look for persian kittens but I came across so many fake persian cats ads! The prices offered were outrages -RM650...Rm800 ..RM1200 etc but the cats were not Persians. I don't mean to discriminate domestic cats but please be rational in setting up the price. Be fair to those who have just started to be a pet owner. They might think that the DLH that the sellers are selling is a pure breed persian and pay for that unreasonable price! Is it even worth it?

Stop it people...if your cats are DLH Domestic Long Hair, then accept it! This fact doesn't make your cat less cute isn't it? Your cats, despite the breed are special in their own way. I have DLH named Leo and i'm so proud of him. We (Me & Mr J) bought him with a thought that he's a persian but soon we realized that he isn't one. We love him the way he is but we're seriously mad becoz that petshop owner lied to us. (mangsa tau).


So please do not simply claim your cats as "Persians" if they have long hair, "Bengals" just because they have 5 spots on the body and "Mainecoons" just because they have furry chest!.

There are a lot of other characteristics and physical features that we need to look at before determining and claiming that they are the pure breeds.

Take persian for instance, to claim the cat to be a pure persian..the cat has to have these features: ( there're a lot more but i choose only 8 as the examples):


1. Long-haired  with relatively short, thick and strong legs
2. Distinctive short, broad and snub nose
3. Large round eyes
4. Broad paws.
5. Round and massive head
6. Round face,  set on a short, thick neck.
7. Full cheeks, broad jaws and well developed chin
8. Small, round-tipped, tilted forward ears


So, if your cat has long hair but pointed face with small eyes, it means that your cat is DLH not a persian. Tak yah muhong & juai mahai2 sgt na.



As a wrap, lets look at these beautiful cikaro creatures:

See...even the short hair kittens are beautiful and unique! I heart American short hair, British short hair and Scottish fold :)

British Shorthair

American Shorthair

Scottish Fold

Not forgetting my favourite Ragdoll,  Munchkin & Norwegian forest cat :)

ragdoll ...(She's a diva ;)

a munchkin ( Ohsomeeee)

Norwegian Forest Cat.(.leh wat kapet ;x)

@ILoveCats #


#The photos are taken from google :)


Wednesday 24 October 2012

Touching sangat hari ni... Bukti pengorbanan n kasih seorang ibu. Terima kasih mak...kerana memahami. Ternyata Kasih ibu tiada tandingan. I know u r suffering too but u pretended as nothing's happened ! Its unbearable mom...to watch u like this! I'm so sorry...:(

Tanggungjawab...

Assalamualaikum...

Bulan 11 ni akan genablah setahun aku berumahtangga. Macam2 dugaan yang telah kami tempuhi.Walau apapun dugaan, aku sentiasa harapkan rumahtangga kami ni akan berkekalan dan bahagia. Aminn..

Bila aku fikirkan balik... masih banyak lagi benda yang aku kena belajar. Ilmu rumahtangga aku masih cetek. Ilmu ni aku pinjam dari Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. :) 

Source:
http://iedaimmi.blogspot.com

Bismillahirahmanirrahim...

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Penulis yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.
 
1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat
2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka
Tanggungjawab kita sebagai Menantu Mengikut Keutamaan:

Menantu Lelaki

Allah SWT
Rasulullah SAW
Ibu/Ibu Mertua
Bapa/Bapa Mertua
Isteri
Anak-anak
Lain-lain

Menantu Perempuan 

Allah SWT
Rasulullah SAW
Suami
Anak-anak
Ibu/Ibu mertua
Bapa/bapa mertua
Lain-lain

Kesimpulan

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.

Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama adalah, adakah derhaka menantu terhadap mentua, sama seperti derhaka anak terhadap ibu bapa sendiri? Adakah syurga di telapak kaki ibu, boleh diaplikasikan dalam konteks syurga di telapak kaki ibu mentua? Sama-sama kita fikirkan.

Wednesday 12 September 2012

happy birthday love :)

Dearie Athirah, Afiq & Adam...

I'm sorry I could not be there on your special days. Sorry I could not spend time with you like I'm used to. But one thing for sure, I'll never stop loving you. Even from afar. U guys are everything to me.

                    Happy Birthday Adam !!!

 Love,
 Acu

Monday 10 September 2012

Alert! Wang palsu ditemui di Jitra...

Ala2 tajuk Hairan Metro gitu..

Berita terkini:
Aku dapat duit palsu RM10 ringgit dari 2 kedai berbeza dalam masa 30 minit!. Serius tak sangka benda ni boleh terjadi kat aku yang tinggal hujung negeri kedah ni. Bukan ke kes2 gini selalu jadi kat kay ell dan kota metropolitan lain je?

Sunday (9/9/12) <---Jitra Headquarters
Jam 5.15: Aku terpacak kat depan kaunter kedai tudung di pekan Jitra dan membayar RM50 kepada cashier. Wang sebanyak RM40 (sepuluh2) dikembalikan. Seperti kebanyakkan customer yang tersangatlah senang percayakan orang...memang aku jarang or x pernah kira duit baki. Jadi tanpa ragu-ragu aku terus ke Watson utk beli barangan lain. Aku hanya sedar duit tu palsu selepas aku buat pembayaran RM10 kt watson! HOW DO I KNOW? Syukur ..adik WATSON (yang comel) yang gitau.

sample : RM50 ori & fake
 Adik kata duit tu meragukan sebab xda line kilat2 kat hujungnya.( refer area yg aku letak arrow tu) Tengok2..memang sah duit yang aku bagi...100% xda line kilat2 tu. Nak kata luntur ditelan zaman...tak mungkin sebab kertasnya baru bangat!.

Yang kedua, kat area tengkolok ( btol ke nama benda tu?) ..kat duit palsu tu..ada shading kale purple. Walhal..kat duit ori..nampak merah je semua.

Yang ketiga, Bila kita hala duit palsu tu ke cahaya matahari, semua objek2 yang transparent nampak lagi jelas warnanya (kaler grey) berbanding dgn duit yg ori.

Itula 3 tips yang adik tu share dgn aku. LEpas tu aku pun teruskan misi aku yg seterusnya:

Jam 5.30p.m, Location: Fairy
Aku buat pembayaran menggunakan not RM50 utk roti, Dapat baki RM45.70. Kali ni aku cerdik sikit. Sambil on the phone dengan Mr K, aku check satu persatu not RM10 aku. Aku takde la syak apa2 pun cuma berniat nk apply ilmu baru yg aku belajar dari adik tu. Namun usaha aku tak sia2. Memang ada lagi sekeping not RM10 yang fizikalnya sama macam yg aku dpt dari kedai tudung tu. Aku terus minta adik tu tukar duit lain n inform dia suruh check duit tu dengan pihak berwajib.

Kesimpulannya, terdapat dua kedai di kawasan yang sama ada menyimpan not RM10 yg meragukan. Adakah ini bukti bahawa satu sindikit wang palsu sedang bergerak dengan aktif di Jitra? Apakah modus operandi mereka? Apekejadahnya? Aku hampir rugi RM20 dalam masa 30 minit okey!!!


Pesanan khidmat masyarakat:
Para pelanggan sekalian, sila berhati-hati ketika menerima wang baki dari para peniaga pasaraya, pasar malam dan kiosk2 yang ada disekitar anda.Pe lagi baik korang g bukak purse dan check duit korang tgk.




Tuesday 26 June 2012

What The H?

Situasi 1:

Disatu taklimat yang dihadiri semua lapisan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan kementerian.

Aku  : Akak dari mana?
Puan PK Hem Sekolah : Saya Pk Hem Sekolah Polan & polan. 
                                      Awak?
Aku : Saya dari Politeknik dot dot dot (censor).
Puan PK Hem Sekolah: Pensyarah ke?
Aku : xlah.. pengajar. 

* x fhm soalan ke Puan Penolong kanan ni?... nak mention gak ke jawatan dia tu? 
dah  banyak kali dh aku jumpe yang peel gini. wahai orang kampung sekalian...sesungguhnya pengkat & jawatan tu x leh bawa kemana la. 


Situasi 2: 
Di kawasan kecemasan hospital polan. Time ni ayah aku baru seminggu kuar dari ICU(masalah jantung & strok) tapi jam 3 pagi haritu dia ngadu sesak nafas.


Aku                         : cik..cik... ayah saya mengalami kesukaran untuk 
                                 bernafas. ( budak nerd)
En. kat frontdesk     : hermm.. ( sambung menulis hapa ntah)
Aku                        : cik..ayah saya x bulih bernapas tu..
En. kat frontdesk    : erm..(sambung tulis..pandang muke aku..then...dia kata:
                                tu keta awak ke kat tgh laluan? P ubah cpt kang ambulans
                                 xleh lalu. ( Ayah aku dh biru sempat dia suh ubah2 
                                 keta bagai. tau le aku nk g ubah kan...)
Aku                        : A ah tu keta saya.. ni cik..muka ayah saya dh biru.. 
                                kalau jadi apa2 mmg saya akan saman cik ya sebab lalai 
                                 dan lambat ambil tindakan. 
En. frontdesk          :..huh.. 
                                ( dia tarik muka  sambil bangun ..tu pun dengan 
                                lembabnya & ambil kerusi roda utk ayah aku n bawa 
                                ayah aku ke dalam wad kecemasan. )


x lama lepas tu ayah aku dibawa dari zon hijau ke zon merah. 
baru kelam kabut ... boleh fikir tak...
Xkan la org sesuka ati bersiar2 jam 4 pagi kat area kecemasan 
kalau benda x urgent!!!!





Update*** Rumah contoh Inspirasi dah nak siap .!! ;P

Corner lot- front




Corner lot front & Side view



front view

Our Babies ;)

Sejak kecil lagi memang famili aku bela kucing. Jadi darah pencinta kucing memang mengalir dalam diri aku. Aku bersyukur sangat kerana Mr J pun seorang PET lover. bukan takat cat..dia memang suka binatang. burung, ikan, kekura, arnab, sugar glider...semua dia suka.  (ada harapan rumah aku jadi mini zoo nanti).

Bagi aku kucing ni sangat istimewa. Depa ada character yang sangat ohsem- pandai merajuk, buat bising, cakar langsir, "kemas" rumah dan macam2 lagi. Tapi telatah tu sebenarnya yang wat orang suka n sayang kucing. 

Ada banyak sebab mengapa orang bela kucing. Maybe ada yang bela suka2, bela untuk dapat extra income dan juga untuk jaga rumah dari serangan cik ti. Aku  belakucing sebab 1st, memang aku syg sangat kucing..and 2nd, kucing ni dapat hilangkan stress. Dia boleh hilangkan kesunyian kita. 

aku nk kenalkan anak2 kesayangan aku n Mr J: 

Yang sulung LEO.

Leo ni adalah Wedding gift dari Mr J ( thanks hunny!!) kepada aku. Masa dia beli, memang tokei cina tu yakinkan kitaorg yang dia ni parsi. Disebabkan aku mmg x berpengalaman bela kucing parsi..aku percaya jelah. Masa beli tu umo leo baru 2 bulan. Memang kiut!. Later bila mencecah umo 4 bulan baru kitaorg sedar yang dia ni jenis DLH- Domestic Long Hair. Anak2 sekalian, x semua kucing bulu panjang tu parsi yer. Harap maklum. Orang2 kita ni asal bulu panjang je parsi. yang x tahan tu.. ade aku tengak lam mudah..orang tu siap advertise nak jual jenis2 gini dengan Rege RM800..dan lebih. Biar betul bhai?

A gentle reminder to these kind of people: tlg la tanya org yang pakar sebelum slamber claim kucing tu breed yang korang nak sebut tu. Malu bertanya sesat jalan. Back to Leo...Tak kisahla leo breed apa, janji kitaorg tetap syg leo. 

Karakter leo ni..dia lasak, playful tp sombong. Dia akan baik2 dan manja bila dia nak something. Kalo xde ape..jgn harap dia nak gesel2 kat kaki kita. 


2nd boy- NEMO


Ni baby ke-2 kitaorg. Mr J discover nemo dalam mudah.my. Asalnye memang nak bela leo je. tapi lepas seminggu bela..leo asyik mengeow x henti2. sian sangat ..kekadang tu sampai serak suara dia. Disebabkan  Mr. J keje sampai lewat petang jadi dia sunyi ..xde kawan nak main tu yang bising2 sakan tu. Jadi kitaorg wat keputusan nak cari kucing betina utk wat teman leo. ( cari bini awai2 g )

Mr.J wat arrangement dengan owner nemo dan kitaorg pun gla pick up kat bukit minyak. Memang comel . owner tu bawak 2 ekor. sekor putih n sekor g kelabu. Mr J dok geram kat yang putih. cuma dia memang proven berjantina jantan. disebabkan nak cari bini utk leo...kitaorg amik yang kelabu. mase tu mmg owner dia x sure nemo jantan or betina. Susah nak tgk sebab bulu dua tebal sgt kat "area" tu. Puas kitaorang belek tp memang x jumpe testikel dia. Jadi dengan nekad kitaorg amik Nemo. Bile umo dia 4 bulan barula kitaorg sedar nemo is not she..but he. Dulu name dia Luna. ahahahha dan2 tukar panggil nemo. 

karakter nemo ni mase kecik dia pasif dan lembab. nampak cam xde perasaan. skrang ni dh lain bangat. dia aktif, manja tapi playboy ... semua betina ( ade pun 2 ekor) dia nak ngurat. perangai blur dan xda perasaan tu masih dikekalkan. 



3rd-daughter: KIKI


Kiki ni kucing yang dibuang tapi diambil dan dibela oleh mak aku. Kitaorg rembat sebab nak carikan pasangan utk si romeo tu. Nemo dh on heat dh.. Kiki ni dia ada 2 ekor anak.. ( kira mak jan lah).Yang bestnya, kiki ni manja dan x banyak songeh. Cuma memang mencabar bila nak bagi kiki suaikan diri dengan nemo & leo sebab kiki ni  garang sangat. Asyik sembur je kat diorang. pantang tengok muke leo & nemo..mesti dia marah... kehandalan Nemo the romeo terserlah bila dia dpt ngurat kiki. aku tau sebab nemo tu xde perasaan. kiki marah ke hape ke dia buat dek je. 

karakter kiki ni..manja..( tp garang kat kaum spisis dia)..kuat makan & cerdik ( sebab selalu nyuruk d tmpt yg aku susah nak jumpa bila time nak masukkan dlm sangkar). 




4th gal - Luna




Luna is the newest family member. umo dia baru 2 bulan.Actually, she is a stray cat. aku jumpe dia kat satu restoran di jitra. Kesian sangat tgk dia..kurus keding..badan pulak penuh minyak grease kereta. Sayu je aku pandang dak sekor ni..lalu ku capai telefon dan dial number Mr J.Lepas tanye pendapat & dpt green light dr Mr J, aku pun wat persiapan nak bawa balik dia ke sp. ;) 

Kebetulan plak haritu aku ade terbace tips dr fb tentang cara nak bagi kucing cepat suaikan diri. Dia suggest kita guna baby power dan sapu ke seluruh badan semua meow2 kita. Rasional nye nak bagi bau diorng blend dan sama. Jadi takdela meow2 senior rasa terancam. Aku pun cubela time memula bawa luna balik. Memang berkesan pada mulanya...tp lepas kiki dok sebelah luna... terus dia ngamuk n sembur2. yang abang2 macho Leo n Nemo dok pandang2 manja je kat Luna. Gatai dah anak2 bujang aku ni. 

Luna ni jenis feminin. Nampak sopan je. Manja, cautious dan cepat suaikan diri. kelaka aku ingat bila memula dia guna litter box. memang bersepah2 sand dia. rasanya dia x pernah guna sebelum ni. ( sedih ~~~)  


Sekarang ni kitaorg dh ada sepasang male & female. Aku n Mr J bercadang nk jodohkan luna dengan leo Sebab nemo dh ehem2 dh dengan kiki haritu. (Doakan supaya ade hasil eh? )

 Maybe plan ni kene postpone dulu sebab luna tu bawah umo lagi. Cuma yang aku risau skrang nemo tu selalu potong line leo. harap2 Leo akan tingkatkan skill menekel dia. Chaiyokk!!


Tuesday 19 June 2012

Home Sweet Home 2...

WHY Inspirasi?


Sebagai Pasangan (PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh) ada beberapa isu yang kami kena bincang sebelum decide nak beli rumah. Diantaranya ialah:


1- Isu bila boleh dok serumah nye?
2- Bajet (rege yang we'ols mampu)
3- Jenis rumah
4- Neighborhood yg cemane (kejiranan) 

1- aku baru je 2 tahun berkhidmat d tmpt keje sekarang..kebarangkalian utk aku dpt pindah adalah amat tipis.. ( 3 thn baru la cukup syarat + ada kekosongan) jadi kami decide..lagi 2 tahun baru dpt dok serumah :( sob sob sob sedeh..


2- Bajet yang termampu 250K kira dlm sebulan RM1200 ke bawah la..


3- Aku ade mention lam post dulu yang aku nk rumah setingkat je. Mr J lak nak yg ada tanah sebab dia nak buat kolam renang ikan. Pilihan yang ada: 1 teres lot tepi @ semi d la.


4- Kejiranan ..hurm aku x cerewet sgt nak tinggal di kejiranan melayu or campur...sebab aku ni suka dok dlm rumah . bukan x nak bergaul..kalau ada kenduri kendara tu aku dtg la jga tp kalau xde hal apa2 aku suke menempet dlm rumah je. layan Criminal minds eh memasak. 


Bile dan setel isu2 utama, features rumah yang we'ols cari =
setingkat yang bakal siap dlm 2thn lagi, ( sebab lepas siap rumah baru wat potongan duit ;)
ada tanah, (nak bela ikan puyu Mr J)
rege 250K
DAN di Sg petani. 


Cepat2 aku call sales Exe ambangan dan wat appointment. 
Rumah yang dia suggest:


Gracias Extra-188K, single-storey semi d, land area: 35x75, build up area: 26 x 46 
4 bilik besar, 2 bathrooms


Rio- 208K single-storey semi d, land area: 35x 80, build up area: 24x45

3 bilik besar,  1kecik (boleh buat study room), 2 bathrooms

Inspirasi 239K- Single-storey Back 2 back semi D, land area : 45x75, build-up area: 25x 54 , 4 bilik besar, 2 bathrooms


basically dari segi harga..bentuk..semua menarik!. so back to basic- Our Needs..


Rumah Rio n Gracias dan siap. Meaning that bebila masa pun boleh masuk dan tinggal d situ. interesting.. cuma yang x menariknya bayaran bulanan pun akan bermula. kalau orang yang biasa Pjj akan fhm.. betapa banyaknya duit mengalir kat bayaran 2 rumah sewa, bil utiliti, minyak ..tol dan mcm2  lagi. kalau masih PJJ memang kami x mampu nak support bayaran rumah + kos travel kami. jadi kedua-dua rumah ni terpaksa diketepikan... 


Rumah Inspirasi pula akan siap tahun 2014. (ada 2 thn lagi utk aku mohon pindah)
Isunya satu je ..harganya agak mahal bagi aku. Maybe not to everyone but for me I'd prefer something less than 200k...k aku cite sikit pasal rumah ni
Pros: Bentuk moden, ke empat2 bilik memang spacious, porch penuh + tile penuh di kawasan porch,
         back 2 back design ( kunun mcm banglo),pagar dia batu (full)


Cons : Rege dia, Interior dia-masuk2 jumpa living room,jumpa dapur then baru jumpe bilik. ( sesetengah org maybe x suka la, aku ok je..) kejiranan tu bukan gated & guarded.


Macam aku ckp aku bukan jenis cerewet. Asal rumah tu menepati basic needs aku..semua benda boleh setel punya. Aku x kisah interior dia cemana asal ada je...hal gated n guarded memang la penting..tapi ada je rukun tetangga kat situ. so kena sama2 ambil beratla. 


Lepas buat pertimbangan semua, aku n Mr J decide nak amik je rumah tu..sebab harga cemane pun akan makin naik.kalau x beli sekarang, nanti2 pun kene beli juga kan. dengan bayaran deposit cuma rm500, bayaran duti stem rm255 ..pemaju pun proses permohonan...Alhamdulillah awal June haritu dah tau status loan dah lulus..jadi lagi 2 tahun lepas rumah 2 siap baru potong duit ;). 


Mari...renung-renungkan dan selamat beramal ..

The tribe has spoken (wink2)

Menda kejadahnya tajuk tu...dpt ilham nk letak coz nak nampak cam misterious gitu. ( x eh? ok abaikan). straight to the point... aku ade mention kat post ni http://al-something.blogspot.com/2012/05/from-3320-motorola-hazel-to-smartphones.html tentang kekeliruan aku utk pilih hp baru... THEN....last Saturday akhirnya terungkailah segala kekusutan.. diantara Samsung s3, HTC one x & Advance, aku pilih...

WHY? bukan ke aku sangat dambakan Samsung s3...True.. tapi..

#FLASHBACK...###

Sabtu lepas aku n Mr J ke Sunway carnival mall.. nak cari samsung s3..sebab area Sp masa tu mmg belum sampai. g la satu phone booth and tanya model tersebut... Ayat pertama dia: " you ols sure ke nak s3? x nyesal?" kata beliau. Heran gak so aku tanya ar " bukan s3 ni bes ke?".. ( balasan ayat org yg buta tech) pe yang beliau explain: 

1) S3 cepat heat up ( panaih )
2) fragile.. as compared to htc
3) battery probs

Jadi dia pun rekemen la HTC..
Dia kata HTC ni:

1) warranty 2 years.. 1 year kalo bermasalah akan dpt balik yang baru
2) screen lasak ( siap dia scratch screen dengan kunci.. nasib baik yang tu MR J punya )
3) sound yang bes (beats audio)

aku sebenarnya x termakan pun ( eleh) dengan kata2 manis dia... tapi bila dibandingkan rege s3 RM2399 (sepatutnya retail price RM2199) n HTC Rm1900, memang terpaksa akur dengan HTC.. bajet x lepas ar..

Pendapat aku..S3 menang kat screen & camera sebab mmg clear n cantik. dari segi casing mmg aku x berkenan..nampak plastik sikit dan nampak cheap. dari segi saiz nak sama dgn HTC. Untungnya sebab dia ada slot memory kad ..kot2 nak tambah space.

HTC lak...Setakat 4 hari ni, aku sangat puas ati dgn HTC, Eventhough ada yang cakap bateri dia sucks.. tp bagi aku biasa2 je.. mmg smartphone makan bateri kan..  yang penting kena pandai tutup aplikasi yg tak digunakan. kalo x mmg parak la. Camera dia clear n smooth. pic cantik ..8mp je tp okayla kan. web browsing n facebooking pun okay sebab screen dia besar. Utk gaming..stakat main angry bird tu takdela teruk sgt bateri dia.

Kesimpulannya..s3 and HTC bagi aku bes.. cuma kena ikut bajet dan keperluan. kalo bajet lebih belila s3.. kalo kureng...ada byk lagi pilihan kat luar. Kalau isu bateri smartphone, utk moderate user macam aku
yang surf internet cuma utk email...fb..browsing dan main game pun yang ala2 kadar tu..insyallah bateri dia xla seteruk yang org gambarkan.

P/s: aku x komen pasal S advance sebab Mr J suh pilih antara 2 tu je ( hik2 <---gediks)



Wednesday 13 June 2012

Home sweet home..

April haritu ade satu penyakit melanda aku n MrJ. kami gile visit rumah contoh..so mmg pusing satu sp la utk tgk rumah2 contoh yang ada. Memula g area Ambangan Height...masuk tengok rumah contoh
ANGGUN, RIO, ELISE , ELENA & ELANI (phewwww..mmg cantik decoration dia)..

ANGGUN semi D back 2 back RM212 k ( aku suka yang ni tp dh sold out)
RIO- semi D setingkat kalau x salah aku harga dia sekarang RM208k
ELISE - Banglo RM498k (erk)
ELENA - lupa jenis ape tp RM3++K (yang ni x ingat sgt)
ELANI -clustervilla 2 tkt RM313k.


Lepas habih kawasan ambangan..kami visit rumah under company PARAMOUNT.. kat BUKIT BAYAN... Rumah di bukit bayan memang double-storey. of course cantik dan konsep yang aku paling suka= gated & guarded. Sales exe tu ada mention yang resident akan guna smartcard utk lalu kawasan gate. (waaa kagum ...maklumla x pernah g survey pasal rumah sebelum ni). Area tu dilengapi dengan landscape n kawasan riadah. mmg nampak best. harga rumah Azelia (teres 2 tingkat) RM260K.


Destinasi seterusnya ke SP Saujana under Chin Hin. 2-storey..and gated juga. so bukit bayan and sp saujana bagi aku secure la. rumah ni pakai bata merah ( xtau nape aku kena mention). rumah ni cantik dan moden. tapi bagi aku rumah ni  mmg nak sama ngan kat bukit bayan dari segi features dan harga...cuma facilities kat bukit bayan macam bes jer. kalau aku nak pilih yang double storey..aku akan pilih bukit bayan la.


memang puas dan bes!. tu je yang dpt aku gambarkan.. byk idea yang aku dpt masa menyelongkar melawat rumah2 cth ni. Ntah mcm mana time dinner mlm tu Mr J suggest kami cari je rumah...harga rumah akan makin naik..n umo pun of course akan naik. Bernas gak cadangan tu.. cuma permintaan aku minta satu je.. aku nak yang setingkat... cemane bentuk aku x kisah asal aku xyah naik atas n mengemas. ( nampak sgt buruk perangai).. jadi kami pn call Ambangan (sebab dia byk sedia rumah jenis setingkat) pada keesokkan harinya utk tanya hal2 rumah...

to be continued...

ni pic rumah yang menjadi dambaan aku n Mr J. >>> Inspirasi

rumah cth yang belum sesuai dijadikan contoh

Ni rupe bile siap nanti 





Plus Size Shoes.. kasut saiz besaQ

I got a new place to shop for my shoes! the price is remarkable! Seriously.. I went to PAYLESS at 1st Avenue, Penang and grabbed 2 pairs with only RM130! serius aku nak p lain.

The shop offers different types of shoes that cater most sizes even for me yang kaki ogre punya size ni. Korang bleh dpt flat shoes, boots, sandals, sports shoes..heels.. and etc (standard bile maleh nak tulis byk2). Bagi akula harga dia mmg berpatutan n kasut dia selesa. so geng2 yang kaki comel ...bolela kalau nak cuba ;)

ni one of the shoes yang aku beli haritu:

Rege kalo x salah : RM75 ( lebih kurang la)
Ps: Payless dah d buka d Sunway carnival mall level bawah ..dekat dengan al-ikhsan

Sunday 10 June 2012

Edisi Kenduri Kendara.. la la la

Yang Jelik...

Cuti2 sekolah ni mmg banyakla jemputan kenduri..x menang kaki nak pegi...kebetulan sepupu Mr J pun kawen bulan 6 ni.. so kami pun g la tunjuk2 muka tlg ape2 yang patut..masa dok tolong-tolong ( nyibuk je lebih)
tu adela berkumandang lagu2 pengantin baru ni.lagu saloma bagai la. tetiba mr J kata.. bes kan dengar lagu kawen2 ni.. feel ja.. rasa cam nak kawen lagi sekali ja..

APEKAHHHHH?????

Dak2..maksud abg dengan ayg lagi sekali la... (fuhhhh...lega)


Tuesday 29 May 2012

Your Blood Type?





Aku pernah derma dara darah masa kat U dulu..dan sebulan lepas tu, aku dapat sekeping kad dari bank darah:  

front

back



Jadi apekejadahnya kad ni? Anak2 sekalian, dari pemahaman aku yg tak berapa fokus subjek biologi dulu, Darah secara generalnya ada 4 jenis, A,B,AB dan O. dh bagi setiap jenis ada Rhesus nya. jadi manusia2 di bumi ni ada yang berdarah A,B,AB,O dan ada juga jenis  A-, B-, AB- dan O-. ( Ada g darah jenis2 lain eg BOMBAY BLOOD ..and for more info there's a thing called GOOGLE :p)

Okay..sambung eh..bagi yang berdarah  rh O-, hanya darah O- je yang bole diguna bila d perlukan . Selain tu no no no. Tapi darah jenis O- ( penderma universal) ni boleh derma utk semua jenis darah lak.

Bila memikirkan maybe akan ada org yang betul2 memerlukan darah dengan segera, jadi aku open satu group ni kat FB supaya depa ada platform yang mudah untuk cari penderma,  Ni link group aku: https://www.facebook.com/groups/175199172590606/ .

P/s: mmg ahli x ramai lagi dlm group ni..tapi kalau kot2 ampa kenal sesiapa yang berdarah O-, minta tlg dia join yer.

Pesanan khidmat masyarakat: "Setitis darah mampu menyelamatkan nyawa "

From 3320 - Motorola - Hazel to Smartphones?

Bagi kawan2 yang kenal aku..diorang memang akan sedia maklum yang aku ni bukanlah spesis yang akan selalu tukar henfon. aku akan tukar bila hp tu btol2 dh layak dibaling ke arah anjing2 liar.Onestly, takat tahun 2012 ni aku baru ja pakai 3 jenis phone... memula sekali nokia 3320 hadiah birthday dari ayah mase aku sambung study  (Um0 19 ). then, motorola and skrang aku pakai Sony hazel ( masa beli RM700 tp skrang tinggai RM400 je..sgt ampes).

Cemanepun...Hp2 jenis 3310 & 3320 ni memang legend. aku pernah  TER jatuhkan hp tu dari tingkat 4 flat aku d shah alam, dan dgn slamber phone to survive dengan jayanya.

Skrang ni fenomena smartphones plak..Cepat btol teknologi skrg kan. dan paling aku rasa kagum dengan kepantasan bebudak zaman sekarang update diri depa dengan teknologi. Umo 6 tahun dah pegang Galaxy tab..dah ada ipad sendiri. dah pandai BBM..fesbuk dan guna pencicit (bak kata mat luthfi)..
Bebudak ni pun dah lama tau ape tu ginger bread..android , angry bird, wassap dan seangkatan dengannya. dan aku dapati aku dilanda kemaluan yang amat sgt okay bile mokcik ni je baru je nk merangkak ke alam smartphone nih...

Cerita pasai smartphone ni, lam minggu lepas Mr J adela beri mandat suh aku pilih smartphone mana yang aku suka..orang nk blanja katakan.. (ala2 makcik hai-o: syukur alhamdulillah ) cuma masalahnya aku sgt konpius.. x tahu nak rembat yang mana satu.. setakat ni ada 3 phone yang aku tgh usha: lets cekedaud ... Zasssshhh.....Zzzzzzz krohhh

ToP 3 carta henpon aku:

1) Paling aku berkenan - cuma org kata bateri dia cpt panas dan dia xde memory kad ( abaikan jika reason ke 2 aku ni buduh)
HTC One x (RM1800)
2) berkenan nomot 2 ;)
 hok ni specs dia mmg canggih.. aku siap usha dia punye specs dekat 3 jam..hasilnya? adela 3/4 benda je yang bleh fhm.. yang lain2 tu apentah so aku anggap je mcm aku fhm.. Masalah aku? tgkla regenya.. agak over budgetla..
Samsung s III (RM2100-RM2300  kot)


3) setelah melogikkan dan merasionalkan otak aku... yang bawah ni lebih relevan. Rege okay...specs pun ok ( bagi aku yang bukan extreme gamer) aku decide nak amik yang ni ..so Mr J.. ayuh kita ke kedai henfun yang berhampiran..


Samsung S Advance (RM1190)

Sunday 19 February 2012

Poor Nemo

After the diarrhea, Nemo yet to across another problem. pity that little guy. His fur seems to fall drastically. He looks like a local breed now. His hair loss started last 2 weeks after we changed his food. We started giving him royal canin as a change to blackwood. He seemed happier and more active after eating royal canin. It was a blessed at first when they finished their meals ( licin!)  and asked for more! THAT never happened before! they made the food looked so tasty. ( aku try kangg!!) . 

But after a week.. NEMO's fur started to lose. LEO is alright. he's okay with any food ( even when he ate my nasi  goreng ).  We were worried and went to see the Vet. Somehow, she said its seasonal as persian normally has a season where their fur will fall but they'll recover and regrow after several months. ( Btol??) The vet gave nemo omega 3 and vitamins. 

I'm still worried but I really hope that its just seasonal and wish that his fur will grow back.
He's so togel now. dahla badan kecik..


Thursday 12 January 2012

bad news people...

My nemo had a diarrhea again! Mr J called me just now to update bout nemo's situation. We brought him ( or is that her?/) to clinic last week for a check up. his ( or her??) weight was 0.5!!!! goshh... he lost his appetite and seemed very weak. He recovered after a few days but now he'd gotten the same symptom again. we had fed them ORIGEN ( suggested by so called pet expert) but its not suitable for nemo i suppose. Wanted to change the food but donno which one to buy.. Royal Canin or Blackwood?????


LOserS? U bet I am

This is my new addiction..since i am so ciwi about having my new cats..everything else seemed dull and boring...until....last saturday when i bought the whole season 2 series.. dis series is not new..i think it is in season 3 now. But still  i havent got the chance to watch this from the very beginning.Now,  I cant take my eyes off the TV. I just looooveee this.

The fact that i'm always into music, Glee is definitely the one for me. But what i like most is the values you can learn from it. These bunch of losers... they are not perfect and they come from every walks of life. Its not easy being a teenager especially when you are not the typical hot, skinny and easy-going person. i was ugly ( to me)- big sized,big boobs, over-sized t-shirt and not forgetting my ugly betty specs. Growing up was no fun to me as i was always depressed , emotional and over conscious bout my appearance.

If only i have these series back then when i was so overwhelmed with pain and living with pure sadness ... bla bla bla enaf said with my pathetic teenage life. Thumbs up for Glee. yay

I'm still big ( bigger than before) but i managed to overcome my anxiety. i really think that i am pretty in my own way. that's how i see things now. i don't let other people to push me around anymore or even look down on me . in fact, i love my self more. Glee is really me. How I struggle hard to prove something to everyone especially me. Being FAT is bad but being called FAT is totally worst. If you have a sister/bro/friend/child who is fat, don't tease them or give them bad names.

It hurts!