Monday, 10 September 2012

Alert! Wang palsu ditemui di Jitra...

Ala2 tajuk Hairan Metro gitu..

Berita terkini:
Aku dapat duit palsu RM10 ringgit dari 2 kedai berbeza dalam masa 30 minit!. Serius tak sangka benda ni boleh terjadi kat aku yang tinggal hujung negeri kedah ni. Bukan ke kes2 gini selalu jadi kat kay ell dan kota metropolitan lain je?

Sunday (9/9/12) <---Jitra Headquarters
Jam 5.15: Aku terpacak kat depan kaunter kedai tudung di pekan Jitra dan membayar RM50 kepada cashier. Wang sebanyak RM40 (sepuluh2) dikembalikan. Seperti kebanyakkan customer yang tersangatlah senang percayakan orang...memang aku jarang or x pernah kira duit baki. Jadi tanpa ragu-ragu aku terus ke Watson utk beli barangan lain. Aku hanya sedar duit tu palsu selepas aku buat pembayaran RM10 kt watson! HOW DO I KNOW? Syukur ..adik WATSON (yang comel) yang gitau.

sample : RM50 ori & fake
 Adik kata duit tu meragukan sebab xda line kilat2 kat hujungnya.( refer area yg aku letak arrow tu) Tengok2..memang sah duit yang aku bagi...100% xda line kilat2 tu. Nak kata luntur ditelan zaman...tak mungkin sebab kertasnya baru bangat!.

Yang kedua, kat area tengkolok ( btol ke nama benda tu?) ..kat duit palsu tu..ada shading kale purple. Walhal..kat duit ori..nampak merah je semua.

Yang ketiga, Bila kita hala duit palsu tu ke cahaya matahari, semua objek2 yang transparent nampak lagi jelas warnanya (kaler grey) berbanding dgn duit yg ori.

Itula 3 tips yang adik tu share dgn aku. LEpas tu aku pun teruskan misi aku yg seterusnya:

Jam 5.30p.m, Location: Fairy
Aku buat pembayaran menggunakan not RM50 utk roti, Dapat baki RM45.70. Kali ni aku cerdik sikit. Sambil on the phone dengan Mr K, aku check satu persatu not RM10 aku. Aku takde la syak apa2 pun cuma berniat nk apply ilmu baru yg aku belajar dari adik tu. Namun usaha aku tak sia2. Memang ada lagi sekeping not RM10 yang fizikalnya sama macam yg aku dpt dari kedai tudung tu. Aku terus minta adik tu tukar duit lain n inform dia suruh check duit tu dengan pihak berwajib.

Kesimpulannya, terdapat dua kedai di kawasan yang sama ada menyimpan not RM10 yg meragukan. Adakah ini bukti bahawa satu sindikit wang palsu sedang bergerak dengan aktif di Jitra? Apakah modus operandi mereka? Apekejadahnya? Aku hampir rugi RM20 dalam masa 30 minit okey!!!


Pesanan khidmat masyarakat:
Para pelanggan sekalian, sila berhati-hati ketika menerima wang baki dari para peniaga pasaraya, pasar malam dan kiosk2 yang ada disekitar anda.Pe lagi baik korang g bukak purse dan check duit korang tgk.




2 comments:

  1. Bahaya nih..selama ni memang tak perasan and tak penah check pun kalau dapat duit balance.

    ReplyDelete
  2. Btol..dh byk sindikit duit palsu berleluasa. Org nk cari untung cara mudah.Lepas ni kna blajar beringat2 la kan. (peringatan utk diri sendiri gak)

    ReplyDelete