Tuesday 26 June 2012

Our Babies ;)

Sejak kecil lagi memang famili aku bela kucing. Jadi darah pencinta kucing memang mengalir dalam diri aku. Aku bersyukur sangat kerana Mr J pun seorang PET lover. bukan takat cat..dia memang suka binatang. burung, ikan, kekura, arnab, sugar glider...semua dia suka.  (ada harapan rumah aku jadi mini zoo nanti).

Bagi aku kucing ni sangat istimewa. Depa ada character yang sangat ohsem- pandai merajuk, buat bising, cakar langsir, "kemas" rumah dan macam2 lagi. Tapi telatah tu sebenarnya yang wat orang suka n sayang kucing. 

Ada banyak sebab mengapa orang bela kucing. Maybe ada yang bela suka2, bela untuk dapat extra income dan juga untuk jaga rumah dari serangan cik ti. Aku  belakucing sebab 1st, memang aku syg sangat kucing..and 2nd, kucing ni dapat hilangkan stress. Dia boleh hilangkan kesunyian kita. 

aku nk kenalkan anak2 kesayangan aku n Mr J: 

Yang sulung LEO.

Leo ni adalah Wedding gift dari Mr J ( thanks hunny!!) kepada aku. Masa dia beli, memang tokei cina tu yakinkan kitaorg yang dia ni parsi. Disebabkan aku mmg x berpengalaman bela kucing parsi..aku percaya jelah. Masa beli tu umo leo baru 2 bulan. Memang kiut!. Later bila mencecah umo 4 bulan baru kitaorg sedar yang dia ni jenis DLH- Domestic Long Hair. Anak2 sekalian, x semua kucing bulu panjang tu parsi yer. Harap maklum. Orang2 kita ni asal bulu panjang je parsi. yang x tahan tu.. ade aku tengak lam mudah..orang tu siap advertise nak jual jenis2 gini dengan Rege RM800..dan lebih. Biar betul bhai?

A gentle reminder to these kind of people: tlg la tanya org yang pakar sebelum slamber claim kucing tu breed yang korang nak sebut tu. Malu bertanya sesat jalan. Back to Leo...Tak kisahla leo breed apa, janji kitaorg tetap syg leo. 

Karakter leo ni..dia lasak, playful tp sombong. Dia akan baik2 dan manja bila dia nak something. Kalo xde ape..jgn harap dia nak gesel2 kat kaki kita. 


2nd boy- NEMO


Ni baby ke-2 kitaorg. Mr J discover nemo dalam mudah.my. Asalnye memang nak bela leo je. tapi lepas seminggu bela..leo asyik mengeow x henti2. sian sangat ..kekadang tu sampai serak suara dia. Disebabkan  Mr. J keje sampai lewat petang jadi dia sunyi ..xde kawan nak main tu yang bising2 sakan tu. Jadi kitaorg wat keputusan nak cari kucing betina utk wat teman leo. ( cari bini awai2 g )

Mr.J wat arrangement dengan owner nemo dan kitaorg pun gla pick up kat bukit minyak. Memang comel . owner tu bawak 2 ekor. sekor putih n sekor g kelabu. Mr J dok geram kat yang putih. cuma dia memang proven berjantina jantan. disebabkan nak cari bini utk leo...kitaorg amik yang kelabu. mase tu mmg owner dia x sure nemo jantan or betina. Susah nak tgk sebab bulu dua tebal sgt kat "area" tu. Puas kitaorang belek tp memang x jumpe testikel dia. Jadi dengan nekad kitaorg amik Nemo. Bile umo dia 4 bulan barula kitaorg sedar nemo is not she..but he. Dulu name dia Luna. ahahahha dan2 tukar panggil nemo. 

karakter nemo ni mase kecik dia pasif dan lembab. nampak cam xde perasaan. skrang ni dh lain bangat. dia aktif, manja tapi playboy ... semua betina ( ade pun 2 ekor) dia nak ngurat. perangai blur dan xda perasaan tu masih dikekalkan. 



3rd-daughter: KIKI


Kiki ni kucing yang dibuang tapi diambil dan dibela oleh mak aku. Kitaorg rembat sebab nak carikan pasangan utk si romeo tu. Nemo dh on heat dh.. Kiki ni dia ada 2 ekor anak.. ( kira mak jan lah).Yang bestnya, kiki ni manja dan x banyak songeh. Cuma memang mencabar bila nak bagi kiki suaikan diri dengan nemo & leo sebab kiki ni  garang sangat. Asyik sembur je kat diorang. pantang tengok muke leo & nemo..mesti dia marah... kehandalan Nemo the romeo terserlah bila dia dpt ngurat kiki. aku tau sebab nemo tu xde perasaan. kiki marah ke hape ke dia buat dek je. 

karakter kiki ni..manja..( tp garang kat kaum spisis dia)..kuat makan & cerdik ( sebab selalu nyuruk d tmpt yg aku susah nak jumpa bila time nak masukkan dlm sangkar). 




4th gal - Luna




Luna is the newest family member. umo dia baru 2 bulan.Actually, she is a stray cat. aku jumpe dia kat satu restoran di jitra. Kesian sangat tgk dia..kurus keding..badan pulak penuh minyak grease kereta. Sayu je aku pandang dak sekor ni..lalu ku capai telefon dan dial number Mr J.Lepas tanye pendapat & dpt green light dr Mr J, aku pun wat persiapan nak bawa balik dia ke sp. ;) 

Kebetulan plak haritu aku ade terbace tips dr fb tentang cara nak bagi kucing cepat suaikan diri. Dia suggest kita guna baby power dan sapu ke seluruh badan semua meow2 kita. Rasional nye nak bagi bau diorng blend dan sama. Jadi takdela meow2 senior rasa terancam. Aku pun cubela time memula bawa luna balik. Memang berkesan pada mulanya...tp lepas kiki dok sebelah luna... terus dia ngamuk n sembur2. yang abang2 macho Leo n Nemo dok pandang2 manja je kat Luna. Gatai dah anak2 bujang aku ni. 

Luna ni jenis feminin. Nampak sopan je. Manja, cautious dan cepat suaikan diri. kelaka aku ingat bila memula dia guna litter box. memang bersepah2 sand dia. rasanya dia x pernah guna sebelum ni. ( sedih ~~~)  


Sekarang ni kitaorg dh ada sepasang male & female. Aku n Mr J bercadang nk jodohkan luna dengan leo Sebab nemo dh ehem2 dh dengan kiki haritu. (Doakan supaya ade hasil eh? )

 Maybe plan ni kene postpone dulu sebab luna tu bawah umo lagi. Cuma yang aku risau skrang nemo tu selalu potong line leo. harap2 Leo akan tingkatkan skill menekel dia. Chaiyokk!!


No comments:

Post a Comment